Assalamualaikuam wbt.
Kawan2, tak lama lagi Awal Muharram. Bulan yang telah berlaku satu sejarah Islam yang besar. Sejarah yang hampir semua orang tahu apa sejarahnya . Yup! Sejarah penghijrahan Rasulullah dan para sahabat dari Kota mekkah ke Kota madinah. Kan dah kata. semua orang tahu .. Tahniah :) Tapi, semua orang tahu atau tidak kisah disebalik sejarah itu? Mengapa mereka berhijrah? Apa kaitan sejarah hijrah itu dengan kita yang berada di zaman moden sekarang ni??
Takpe. Saya pown ta tahu sangat. Tapi kat sini kte share ajelah ilmu yg kite tahu sikit2. Ap2 boleh kawan2 tambah kan?? sharing is caring :)
Penghijrahan Rasulullah dan para sahabat berlaku atas perintah Allah. Macam2 halangan yang berlaku semasa mereka hendak berhijrah. sampaikan, Saidina Ali terpaksa menggantikan tempat tidur Rasulullah.. Rumah Rasulullah yang ketika itu telah pown dikepung oleh musyrikin Makkah yang masih tidak menerima Islam. Atas kuasa Allah, mereka yg mengepung rumah Rasulullah tertidur dan Rasulullah berjaya berlari keluar rumah dengan ditemani Saidina Abu Bakar.
Penghijrahan ini jugak disebabkan oleh permintaan tinggi penduduk Madinah yang mahukan tunjuk ajar Rasulullah. Mereka dahagakan ilmu agama. Agama Islam.
Apa persamaan mereka dengan kita ???
MasyaAllah.. Bagai langit dengan bumi. Tiada tandingan. Mereka begitu cinta kan ilmu akhirawi. Begitu mahu menuntut ilmu walau pun terpaksa meredah lautan berapi. Begitu mengagungkan cinta kepada Ilahi. mencari kesempatan mendapatkan cinta nabi terakhir.mencari cinta manusia termulia. Nabi Muhammad SAW.
tapi kita?
Kita terlalu mengagungkan cinta duniawi. Kita lupa kepada kehidupan yang sejati. Kita lupa kepada akhirawi. Kita lalai dengan keseronokkan dan kegembiraan sementara. Kita terleka dan terus terleka dengan permainan dunia.. subhanallah! allahuakbar!
Macam2 yang kita buat.. Adakah kita lupa kepada kehidupan disana yang kekal selamanya?
Kita hanya manusia biasa. Yang tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Tapi, kita tidak sedar bahawa kita memiliki beribu peluang untuk berubah. Kita nampak peluang itu, tapi kita kaburkan pandangan dengan keegoan yang tinggi. Itu lah yang terjadi bila kita mencintai dunia melebihi segala sesuatu..
kawan2,
Mari kita lihat diri kita balik. Cari dimana kesilapan yang telah kita lakukan. kita tidak sempurna, tetapi kita perlu lakukan sesuatu untuk menjadi kan diri kita menghampiri kesempurnaan. Jadikan lah Awal Muharam dan tahun baru Islam ini sebagai permulaan yang baru kepada kita. Berdoa lah kepada Allah semoga kita diberi kesempatan mendapatkan dan merasai cinta hakiki. Yakni, cinta Ilahi.
hijrah lah kawan2, hijrah lah walau sekecil zarah.
insyaAllah. selamat awal muharram kawan2 :)